Penggunaan copyleft Copyleft

Amalan biasa copyleft ialah mengkodkan syarat penyalianan sesuatu karya dengan sebuah lesen. Lesen ini lazimnya memberi hak yang serupa dengan hak pengarang kepada sesiapa yang memiliki salinan perisian tersebut, termasuklah syarat yang termaktub dalam Free Software Definition ('Definisi Perisian Bebas'):

Kebebasan 0 – kebebasan mengguna karya,Kebebasan 1 – kebebasan mengkaji karya,Kebebasan 2 – kebebasan menyalin dan berkonsi karya dengan orang lain,Kebebasan 3 – kebebasan mengubah suai karya, dan kebebasan mengedar perisian yang diubah suai dan, dengan itu, karya terbitan.

Kebebasan-kebebasan ini tidak memastikan sesuatu karya terbitan akan diedarkan dengan syarat-syarat liberal yang sama. Untuk memastikan karya benar-benar copyleft, lesen perlu meletakkan kewajipan pengaran karya terbitan hanya boleh mengedarkan karya terbitan di bawar lesen yang sama atau setara.

Lesen copyleft juga menangani beberapa hambatan selain daripada hambatan terhadap penyalinan sesuatu karya. Manfaat-manfaat ini termasuk kepastian bahawa hak yang diberikan tidak boleh ditarik balik pada kemudian hari, dan kepastian karya dan hasil terbitannya disediakan dalam bentuk yang membenarkan pengubahsuaian dilakukan. Dalam perisian komputer, ini memerlukan penyediaan kod sumber karya terbitan bersama-sama perisian itu sendiri.


Rujukan

WikiPedia: Copyleft http://www.amazon.com/Copy-Rip-Burn-Politics-Sourc... http://www.amazon.com/Success-Open-Source-Steven-W... http://www.eyemagazine.com/opinion.php?id=117&oid=... http://www.oreilly.com/openbook/freedom http://www.oreilly.com/openbook/freedom/ch07.html http://www.oreillynet.com/pub/a/policy/2001/12/12/... http://papers.ssrn.com/sol3/papers.cfm?abstract_id... //doi.org/10.1145%2F987491.987494 http://www.free-soft.org/gpl_history/emacs_gpl.htm... http://fsfeurope.org/projects/gplv3/barcelona-rms-...